Untuk Renungan semua Rakyat Malaysia di Sarawak
Fitnah Ketua Menteri Terhadap Datuk Abang Abu Bakar
Tue May 15 17:22:37 2001
Salinan surat yang ditujukan
kepada YAB Perdana Menteri telah dikirimkan kepada pihak New Sarawak Talk
menerusi e-mail oleh orang tertentu pada 7hb Mei yang lalu.
Kami telah membuat risikan dan dimaklumkan oleh beberapa pegawai di Jabatan
Ketua Menteri bahawa salinan ini adalah surat yang benar dan telah dikirimkan
oleh YAB Ketua Menteri sebagai asas beliau menyinkirkan Yang Berbahagia Datuk
Abang Abu Bakar sebagai calon Parti PBB didalam Pilihanraya Parlimen yang lepas.
Pihak Yang Berbahagia Datuk Abang Abu Bakar apabila ditanya tidak
dapat memberi kepastian oleh kerana mereka tidak pernah menerima salinan surat
ini.Walau bagainanpun mereka menyangkal isi kandongannya sebagai fitnah
semata-mata. YAB Ketua Menteri silap membuat andaian bahawa Dato Abang Abu Bakar
tidak mendapat sokongan sejak tahun 1986, kerana ketika itu beliau begitu
aktif dan mendapat sokongan yang kuat hingga mampu bertanding didalam pemilihan
jawatan Timbalan Presiden Parti PBB . Bahagiannya berjaya mendapat tanda tangan
dan sokongan untuk usul memohon tindakan membawa UMNO ke Sarawak. Usul ini, yang
dibuat kali kedua setelah diterima pada Mesyuarat Perwakilan tahun 1983, telah
dicadangkan oleh bekas ADUN Matu-Daro, Abang Hj Ali Abdul Rani dan DITERIMA
TANPA BAHAS dan diserahkan kepada Setia Usaha UMNO, Datuk Sanusi Junid yang
meresmikan Mesyuarat Perwakilan PBB sebagai wakil Perdana Menteri dan Presiden
UMNO.
Kita kemukakan salinan surat yang penuh misteri ini. Kalaulah Ketua
Menteri sanggup membuat fitnah dan menipu Perdana Menteri......
PARTI
PESAKA BUMIPUTERA BERSATU
Sarawak, Malaysia
26/KM/PAR/15(15.1)/P.179(S) 23 Rejab 1420
2 November 1999
Yang Amat Berhormat
Datuk Patinggi Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
YAB Datuk Patinggi Mahathir,
KAWASAN PARLIMEN P.180
Pada hari Jumaat yang lalu (22 Oktober 1999), saya telah pergi ke kawasan
Parlimen Kuala Rajang (P.180) untuk berjumpa dengan Ketua-Ketua Cawangan Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengenai hal YB Dato Abang Haji Abu Bakar bin
Datu Bandar Abang Haji Mustapha. Perjumpaan tersebut ialah untuk menentukan asas
rayuan daripada kawasan Parlimen itu yang telah meminta Majlis Kerja Tertinggi (MKT)
PBB melantik seorang calon baru untuk bertanding sebagai ahli Parlimen.
Selepas pemilihan dalam Parti PBB tahun lepas, saya telahpun memberitahu kepada
YB Dato Abang Haji Abu Bakar bahawa saya tidak ada niat untuk menyingkir beliau.
Oleh sebab itu saya telah meminta beliau memperkuatkan sokongan kawasan Parlimen
beliau sebelum pilihanraya umum dan merapatkan diri dengan pemimpin-pemimpin PBB.
Malangnya nasihat saya telah tidak diendahkan oleh YB Dato Abang Haji Abu Bakar.
Sebaliknya orang-orang beliau telahpun terang-terang mencerca diri saya.
Akibatnya ialah pemimpin-pemimpin PBB dalam kawasan beliau telah menyangka
bahawa beliau boleh ditukarkan kerana tidak lagi dapat perlindungan pucuk
pemimpin parti.