FITNAH YAB KETUA MENTERI SARAWAK TERHADAP DATUK ABANG HAJI ABU BAKAR        

Seperti mana yang di gembar-gemburkan dalam New Sarawaktalk2000, mengenai perkara di atas, pihak kami mendapati berita itu mempunyai asas yang kukuh. Setelah membandingkan surat yang di nyatakan dalam webpage tersebut, dengan salinan surat yang kami terima , di dapati kandungannya adalah sama. Surat tersebut membuktikan dengan jelas akan sikap dan kelakuan buruk YAB Datuk Taib terhadap rakan seperjuangan beliau.

Keadaan yang sama boleh berlaku pada bila-bila masa terhadap YB-YB yang lain jika mereka menentang hasrat dan keinginan YAB. Tidak hairanlah YB-YB yang ada pada masa ini seperti KERBAU DI CUCUK HIDUNG. Sikap ini terbukti dan amat ketara sekali dalam setiap ucapan YB-YB semasa perdebatan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri sekarang, terutamanya daripada PBB dan Komponen BN lain amnya.

Risikan kami dari beberapa sumber yang lain, telah mendapati bahawa YAB Ketua Menteri Sarawak sebenarnya mengarah ABDULLAH SANI BIN HAJI SERUJI, bekas Pegawai Tadbir Khas Pejabat Ketua Menteri dan bekas Pegawai Pegawai Tadbir Dan Diplomatik  Kementerian Luar Negeri yang juga merupakan seorang PERISIK TERLATIH CIA , telah di beri kontrak oleh YAB Ketua Menteri bernilai RM5 JUTA sejak 1987 untuk menjatuhkan Datuk Abang Abu Bakar.

Beliau di bantu oleh HAJI AHMAD RONI BIN ASSIM yang telah mendapat latihan dan pengalaman yang serupa di Amerika Syarikat dan di Kemterian Luar Negeri. Kedua-duanya menjalankan program memecah-belahkan Parti PBB, supaya pemimpin-pemimpin Melayu dan Iban sentiasa bercakar sesama mereka dan membuka ruang untuk YB Datuk Affendi Norwawi menjadi pemimpin utama Parti PBB dan bakal mengganti jawatan Ketua Menteri Sarawak dalam jangkamasa yang terdekat.

Kekalahan Datuk Abang Abu Bakar adalah hasil penipuan terancang didalam pemilihan pada 28 Ogos 1998, melalui pertukaran Peti Undi. Lebih 200 pengundi dan Perwakilan membantah apabila Datuk Abang Abu Bakar di umumkan mendapat sekitar 27 undi sahaja. Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara, En. AFFANDI BIN KELI telah di tugaskan menjalankan penukaran Peti Undi. Kini beliau di pindahkan menjadi Pengurus Besar SEDC dan di tugaskan pula untuk membuat perancangan  penukaran Peti Undi di dalam Pilihanraya Negeri yang akan datang untuk sekurang-kurangnya 15 buah kerusi genting PBB. Tekanan terhadap Datuk Abang Johari dan Datuk Celestine Ujang adalah hasil daripada tindakan lanjut perancangan dan komplot penyingkiran pemimpin-pemimpin lain yang menghalang agenda YAB Ketua Menteri.   

Tugas baru yang di jalankan oleh Abdullah Sani dan Haji Ahmad Roni Assim di dalam Pilihanraya Negeri yang akan datang membabitkan OPERASI HITAM untuk mengalih perhatian dan kemarahan rakyat terhadap kepimpinan YAB Ketua Menteri,Datuk Taib. 

Tekanan Politik yang di hadapi oleh YAB Ketua Menteri dari isu salahguna kuasa, rampasan tanah dan monopoli perniagaan, memerlukan tindakan agresif.  Pihak parti lawan perlu di perangkap dengan tuduhan palsu yang di buat sendiri oleh komplot arahan YAB Ketua Menteri. SURAT LAYANG yang kononnya datang daripada Persatuan Melayu Sarawak, di gembar-gemburkan di Media Masa dan di dalam perdebatan Dewan Undangan Negeri Sarawak, walaupun tiada golongan pembangkang yang mempunyai rangkaian dan pengalaman membuat urusan begini. Kepakaran golongan seperti Abdullah Sani dan Ahmad Roni Assim dipercayai oleh umum berupaya menjalankan propaganda ini.

Penglibatan mereka, bersama dengan NGOs di luar dan di dalam negeri adalah dengan bantuan khusus Pegawai Perhubungan Awam Khas Di Pejabat Ketua Menteri yang juga merupakan seorang wartawan veteran, JAMES RITCHIE, anak bekas Persuruhjaya Polis Sarawak. Beliau begitu rapat dengan BRUNO MANSER dan telah menghasilkan sebuah buku mengenai Bruno Manser hasil hubungan yang rapat dan erat. Adalah dipercayai beliau membantu Bruno Manser keluar daripada Sarawak apabila di tangkap beberapa kali oleh pihak Polis dengan pertolongan orang-orang tertentu. 

Adalah aneh YAYASAN BRUNO MANSER yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) mampu dan berupaya menawarkan upahan yang tinggi untuk membunuh  YAB Ketua Menteri dan keluarga beliau dengan tawaran bernilai hampir US$7 Juta (hampir RM27 Juta ), pada hal masyarakat antarabangsa mengetahui organisasi tersebut terumbang-ambing memohon sumbangan derma daripada kerajaan-kerajaan dan orang ramai diseluruh dunia.Pemimpin parti-parti lawan yang menentang YAB Ketua Menteri, nampaknya sengaja di kaitkan dengan fitnah ini untuk mengaibkan segala tindakan politik yang menentang beliau.

   Surat Muka 1 - Surat fitnah kepada Dr.Mahathir 

   Surat Muka 2 - Sambungan surat fitnah.

   Surat Layang 1 Page 1 - Surat layang yang "termashyur" 1 Page 1

   Surat Layang 1 Page 2 - Surat layang yang "termashyur" 1 Page 2

   Surat Layang 2 - Surat layang yang "termashyur" dari Internet.

   Lapuran Surat Khabar 1- Lapuran akhbar Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB George Chan

   Lapuran Surat Khabar 2- Lapuran akhbar Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB George Chan

   Lapuran Surat Khabar 3- Lapuran akhbar Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB George Chan

   Dari Internet web 1- Dari Internet web 1

   Dari Internet web2- Dari Internet web 2

   Dari Internet web3- Dari Internet web 3